Bentuk kerajaan campuran, PN sedia bersama BN


  • Politik
  • Selasa, 15 Nov 2022

Takiyuddin percaya bahawa PN mampu membentuk kerajaan, sama ada secara bersendirian atau bersama parti lain.

PERIKATAN Nasional (PN) sanggup mengadakan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan campuran selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS yang juga calon PN bagi kerusi Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau yakin bahawa BN akan menyokong idea tersebut.

Takiyuddin turut percaya bahawa PN mampu membentuk kerajaan, sama ada secara bersendirian atau bersama parti lain.

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

Namun, katanya, kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bukan satu pilihan.

"Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pernah berkata, jika kita tidak boleh bekerjasama (dengan BN) sebelum pilihan raya umum, mungkin kita boleh menjalinkan hubungan selepas itu.

"Keutamaan kami adalah BN. Meskipun tiada perbincangan diadakan sepanjang tempoh berkempen ini, saya yakin BN akan menerimanya (membentuk kerajaan dengan PN).

"Ada perbincangan sebelum ini, walaupun kita tidak dapat bekerjasama sekarang, kita ada cakap mungkin kita boleh bekerjasama selepas PRU15," katanya selepas ceramah di Kampung Kubang Kiat dekat Kota Bharu, Kelantan pada Isnin malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan tempoh berkempen selama 14 hari. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram