Pernah terima ugutan, 4 sebab Chua Jian Boon digelar 'Superhero' rakyat di Parlimen Kulai


  • Politik
  • Khamis, 10 Nov 2022

Masyarakat menyenangi Chua Jian Boon yang komited membantu penduduk setempat.

KERAMAHAN calon Barisan Nasional (BN), Chua Jian Boon berjaya memikat hati penduduk di Parlimen Kulai sehingga digelar Superhero kerana sering terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Bukan itu sahaja, Jian Boon, 29, yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Persatuan Cina Malaya (MCA) mempunyai pendidikan tinggi selain terlibat dalam dunia politik sejak usia 23 tahun lagi.

Pencalonan Jian Boon mewakili BN mendapat persetujuan ramai pihak terutamanya penduduk di Kulai, Johor dan menyifatkan pemilihan beliau sebagai pilihan tepat untuk rakyat.

Bagaimanapun, Jian Boon berdepan tugas sukar kerana bersaing dengan Timbalan Pengerusi DAP Johor yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan pada era Pakatan Harapan (PH), Teo Nie Ching dan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Tan Chin Hock.

Berikut, Majoriti menyenaraikan empat sebab Chua Jian Boon menjadi pilihan pengundi di Parlimen Kulai:

315072304_561859175939496_3047670640795211890_n

Keramahan

Mempunyai wajah yang tampan dan ramah dengan masyarakat menjadi faktor pengundi berasa dekat dengan beliau.

Anak jati Kulai itu juga komited dan sanggup bekerja keras demi kelangsungan rakyat di kawasan tersebut selain rajin turun padang untuk mengetahui masalah yang menimpa penduduk setempat.

Kewibawaan beliau menjadi buah mulut penduduk dan mampu menjadi ikon baharu kepada generasi muda negara ini agar lebih ramai melibatkan diri dalam kancah politik tempatan demi kesejahteraan dan masa depan negara.

Pengalaman

Walaupun usia baru mencecah 29 tahun, Jian Boon sudah terlibat dalam dunia politik sejak berusia 23 tahun yang membolehkan beliau layak menjadi wakil rakyat di Parlimen Kulai.

Pada awal karier politik, Jian Boon sudah menjadi pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri pada 2016 dan pernah menjawat jawatan sebagai pembantu khas Penasihat Kerja Raya.

Jian Boon pernah menjadi ahli Parlimen Belia Malaysia, Dewan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Kulai.

315027178_561859165939497_2276993465878135941_n

Aktiviti kemasyarakatan

Jian Boon sering terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan sehingga digelar Superhero oleh penduduk tempatan.

Ia secara tidak langsung memaparkan kesungguhan beliau untuk menjadi seorang pemimpin seterusnya menjaga kawasan Kulai, Johor ke arah yang lebih baik.

Masyarakat tempatan juga menyenangi keperibadian dan komitmen beliau untuk membawa pembangunan lebih mampan terutamanya dalam isu infrastruktur, sara hidup dan pendidikan di Kulai, Johor.

Anak muda ini mahu usaha-usaha memperkukuhkan perpaduan hidup berbilang kaum dirancakkan bagi memastikan rasa harmoni yang dikecapi oleh masyarakat majmuk di Kulai terus dinikmati.

WhatsApp Image 2022-11-10 at 4.10.07 PM

Keberanian

Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA itu pernah berdepan ancaman yang menggugat nyawanya namun beliau tidak gentar dalam memperjuangkan keadilan.

Kejadian pada 7 Oktober 2021, terdapat beberapa individu mengancam membakar rumah dan kedainya termasuk membaling cat merah serta menghantar mesej berbaur ancaman.

Kejadian itu berlaku selepas beliau menyelesaikan kes penipuan membabitkan Ah Long di daerah Kulai.

Bagaimanapun, berbekalkan semangat juang yang tinggi, beliau terus bangkit membantu masyarakat di kawasan tersebut.

SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November.

PRU15 mencatat sejarah apabila merekodkan seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara iaitu calon paling ramai dalam sejarah PRU negara.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram