#KJ4SB mula tawan hati pengundi, miliki pakej lengkap jadi PM


  • Massa
  • Rabu, 09 Nov 2022

Khairy menyuarakan hasrat menjadi Perdana Menteri dan pemimpin Umno satu hari nanti.

TINDAKAN calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan hasrat menjadi pemimpin negara satu hari nanti mendapat sokongan netizen.

Khairy yang juga Timbalan Ketua Bahagian Umno Rembau menyatakan hasrat tersebut ketika menyampaikan ceramah di Saujana Utama, Sungai Buloh pada Selasa malam dengan mengetengahkan hashtag #KJ4SB.

Tindakan Khairy bukan sahaja mengejutkan banyak pihak terutamanya dalam kalangan ahli politik malah membuatkan orang ramai teruja dengan kenyataan 'kamikaze' yang dilafazkan.

1794468

Salah seorang netizen dikenali sebagai Ahmadi berkata, Khairy merupakan salah seorang figura yang amat penting ketika negara dilanda wabak Covid-19.

"Kita dapat lihat menerusi kepimpinan beliau menerajui Kementerian Kesihatan ketika negara terduduk akibat wabak Covid-19, Khairy berjaya menenangkan rakyat dan bertindak dengan sangat profesional.

"Kes Covid-19 berjaya dikurangkan dan sekiranya dia ingin menjadi pemimpin Umno dan Perdana Menteri, saya akan memberi sokongan kepada beliau," katanya.

Sementara itu, Kamariah Ghani berkata, Khairy mempunyai pakej lengkap sebagai pemimpin negara.

"Dia bukan sahaja bijak tetapi mempunyai fikiran yang mampu membantu Malaysia ke arah lebih baik. Negara memerlukan individu sepertinya untuk memimpin.

"Saya percaya dia akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti dan apabila tiba masanya, negara berkemungkinan berada di satu tahap yang boleh dibanggakan," jelasnya.

312927211_670162737813686_8654896999627129307_n

KJ mendapat sokongan netizen untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagi Ghazali Hamzah, tindakan Khairy menunjukkan keazaman dan keberanian beliau sebagai seorang pemimpin.

"Kita dapat lihat dia akan bertanding di Sungai Buloh seolah-olah mahu 'membunuh' karier politiknya namun Khairy bangkit menawan hati pengundi Sungai Buloh dengan cara tersendiri.

"Inilah jiwa pemimpin yang rakyat mahukan, tidak gentar dengan cabaran dan menyahut dengan penuh semangat. Semoga usaha beliau menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan," katanya.

Terdahulu, Khairy buat pertama kalinya menyatakan hasrat tersebut secara terbuka bagi meraih sokongan pengundi di Parlimen Sungai Buloh untuk memilihnya memimpin Parlimen tersebut.

"Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti kita pimpin Malaysia. InsyaAllah.

"Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan, satu hari nanti, saya mahu memimpin Umno. Satu hari nanti, saya mahu menjadi Perdana Menteri anda untuk membangunkan negara ini, tapi saya mesti menang di sini dulu.

"Tidak pernah saya cakap tuan-tuan. Kalau saya cakap begitu, semua MT (Majlis Kerja Tertinggi Umno) nak 'keratkan' saya, tapi sudah tiba masanya saya menyatakannya," katanya.

Posters of Umno presidents past and present form the backdrop at the venue where the AGM is taking place. – RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KJ mahu menjadi pemimpin Umno dan Perdana Menteri satu hari nanti.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan itu menjelaskan, bukan hasrat beliau untuk menjawat kedudukan itu ketika ini kerana jika BN menang pada PRU ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan beliau sebagai kekandanya, akan menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, kajian pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Universiti Utara Malaysia mendapati Khairy muncul sebagai pemimpin muda paling popular mendominasi persepsi Perdana Menteri pada masa hadapan.

Seramai 24.9 peratus memilih Khairy sementara 15.7 peratus memilih calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan sebanyak 15.2 peratus memilih penyandang kerusi Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram