[VIDEO] Warga asing biadab potong barisan, anak siap tunjuk jari tengah di Johor


  • Tular
  • Isnin, 07 Nov 2022

Tangkap layar menunjukkan pemandu warganegara Singapura memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas di Johor.

TINDAKAN biadab seorang lelaki dipercayai warganegara Singapura yang memotong barisan dan memaki pemandu lain di Johor Bahru, Johor mengundang perhatian ramai.

Kejadian itu difahamkan berlaku apabila pemandu tersebut bertindak memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas sedang berlaku.

Enggan mematuhi undang-undang jalan raya, pemuda tersebut kemudiannya bertindak memaki dan berkeras memotong barisan di lorong tersebut.

Dikongsikan di laman Facebook, rakaman itu menerima lebih 200 perkongsian setakat ini.

Berdasarkan video tersebut, warganegara Singapura itu dilihat bersama seisi keluarga ketika kejadian.

Meskipun jalan raya terlampau sesak, pemandu berkenaan difahamkan enggan mengalah apabila terus memberikan tekanan untuk memotong di lorong tersebut.

Paling mencuri perhatian, kanak-kanak perempuan dipercayai anak kepada pemandu tersebut turut bertindak biadap apabila menunjukkan tanda isyarat lucah ketika dirakam.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam perbuatan pemandu dan kanak-kanak tersebut.

“Kita masuk negara dia punya la sopan santun, tapi bila dia masuk ke negara kita berani betul nak buat jahat sebab bagi mereka kita tidak setaraf kerana nilai mata wang lebih rendah,” kata Wan Amirul W. Sulaiman.

“Pemandu yang kurang ajar di Singapura sepatutnya ditahan dan jangan diberikan pelepasan selagi belum bayar saman, undang-undang ketat perlu dijalankan kepada pemandu,” jelas Al Aziz Malaya.

“Dekat laut polis marin dia kacau kita, dekat darat pemandu dia pula tunjuk belang, jangan bagi peluang dah dekat mereka sepatutnya,” tambah Tony Ja.

“Bapa dengan anak sama perangai, dua-dua biadab tak reti hormat negara orang, geram je aku tengok budak tu tunjuk jari tengah,” ujar Imran Aqil.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung isu tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram