KECOH apabila sekumpulan pekerja asing dilaporkan bergaduh dan merusuh sesama sendiri di sebuah kilang di Kulim, Kedah pada Jumaat.
Kejadian yang berlaku itu dikongsikan di laman TikTok dan hangat diperkatakan netizen sejak sehari lalu.
Pergaduhan itu dipercayai melibatkan sekumpulan pekerja dari negara Bangladesh dan Pakistan yang mencari rezeki di kilang berkenaan.
Menerima lebih 450,000 jumlah tontonan, video berkenaan memaparkan insiden kekecohan yang berlaku.
Punca sebenar pergaduhan masih belum diketahui setakat ini namun insiden tersebut difahamkan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan serius.
Malahan sehingga kini pihak polis Kulim juga belum menerima sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut dan orang ramai ataupun saksi kejadian diminta untuk tampil membuat laporan.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan berhubung video tersebut.
“Dah diberi kerja lagi nak buat kecoh bergaduh pula, warga asing semakin berani sekarang sudah tidak takut kepada warga tempatan,” kata Azlan3045.
“Di negara orang sudah berani buat macam ini, kita rakyat tempatan pun tidak berani buat kecoh di tempat kerja macam mereka,” jelas zalyleezd.
“Inilah akibatnya kalau terlampau ramai warga asing dibawa bekerja, mereka pun sudah semakin berani bila ada ramai kawan dan kumpulan masing-masing,” tambah Ucilgemi.
Majoriti sedang berusaha mendapatkan maklum balas kilang tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram