TINDAKAN seorang wanita mengarahkan anaknya mencuri topi keledar milik penunggang motosikal yang diparkir di Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur, pada Jumaat mengundang perhatian ramai.
Kejadian itu difahamkan berlaku selepas topi keledar wanita terbabit turut hilang akibat dicuri individu tidak dikenali sebelumnya.
Sebagai pertukaran, wanita berkenaan kemudiannya meminta anaknya untuk mengambil topi keledar penunggang lain di ruangan parkir tersebut.
Dikongsikan di laman Facebook, rakaman itu menerima lebih 500,000 jumlah tontonan setakat ini.
Meskipun kanak-kanak terbabit kelihatan takut dan teragak-agak untuk mengambil topi keledar berkenaan, ibunya masih berkeras meminta anaknya berlari selepas memerhati kawasan sekeliling.
Perbuatan itu bukan sahaja perbuatan mencuri, malah lebih memalukan apabila kanak-kanak berkenaan dijadikan 'kambing hitam' dalam insiden tersebut.
Mungkin tiada yang menyaksikan insiden itu, mereka kemudiannya beredar dari lokasi tersebut dengan topi keledar yang diambil.
Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam perbuatan wanita terbabit.
“Hasil didikan emak sendiri, akhirnya anak pun jadi pencuri, siapa yang patut dipersalahkan dalam isu ini,” kata ROCaril.
“Budak kalau dah mak sendiri yang suruh, buat apa pun dia akan buat, bukannya dia tahu perbuatan itu mencuri ataupun tidak,” jelas Edda Hamid.
“Mencuri sebab terdesak, topi keledar dia pun kena curi jadi terpaksa la ajar anak mencuri demi keselamatan, tapi ia tetap satu kesalahan kalau difikirkan,” tambah Iyacreative.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram