PRU15: Ketahui 6 sebab calon boleh hilang kelayakan bertanding


  • Politik
  • Sabtu, 05 Nov 2022

Calon harus mematuhi syarat yang ditetapkan bagi memastikan layak untuk bertanding pada PRU15.

MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, terdapat beberapa syarat dan ketetapan yang harus dipatuhi setiap calon untuk bertanding.

Menurut laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi individu menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen) atau ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka hendaklah dicalonkan dan memenangi pilihan raya bahagian Parlimen atau DUN.

1794468

Berikut Majoriti menyenaraikan antara syarat dan ketetapan yang harus dipatuhi setiap calon pada PRU:

1. Syarat kelayakan menjadi calon

Pilihan Raya Dewan Rakyat

- Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan semasa pencalonan.

- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada hari penamaan calon.

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri

- Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.

- Berumur tidak kurang daripada 21 atau 18 tahun berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan negeri masing-masing pada hari penamaan calon.

PEKAN, 4 Julai -- BERBEZA... Pengundi diletakkan dakwat kekal pada jari menggunakan berus semasa proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini  di Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Felda Chini 3 hari ini.Kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi ekoran pandemik wabak COVID-19 pada hari pengundian PRK DUN Chini dirasakan tidaklah membebankan pengundi, sebaliknya lebih memudahkan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka. 
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Calon harus mematuhi setiap syarat yang ditetapkan untuk bertanding.

2. Enam sebab hilang kelayakan menjadi calon:

- Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal.

- Seseorang yang masih disytiharkan muflis.

- Seseorang yang memegang jawatan berpendapatan yang bermaksud memegang jawatan sepenuh masa dalam mana-mana perkhidmatan awam.

- Gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

- Disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 serta belum menerima pengampunan.

- Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.

3. Deposit

Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam PRU dikehendaki mengemukakan wang deposit yang ditetapkan dan sekiranya gagal, kertas penamaan dianggap tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.

- Deposit PRU peringkat Parlimen sebanyak RM10,000.

- Deposit PRU peringkat DUN sebanyak RM5,000.

36546267-54C6-4FDD-8EEA-C580A94CD050

Calon boleh didenda sekiranya gagal membayar deposit bahan untuk berkempen.

4. Deposit bahan kempen

Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya dan sekiranya gagal mereka tidak dibenarkan memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya.

Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan calon boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

- Deposit bahan kempen PRU peringkat Parlimen sebanyak RM5,000.

- Deposit bahan kempen PRU peringkat DUN sebanyak RM3,000.

1365070

Calon dibenarkan melawat beberapa kawasan sepanjang hari mengundi.

5. Lokasi yang dibenarkan kepada calon melakukan lawatan pada hari mengundi.

- Tempat mengundi atau mengira undi.

- Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.

- Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.

- Pusat penjumlahan rasmi undi.

SPR sebelum ini menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

politik, syarat, spr, penamaan, calon, mengundi, ketetapan