PRU15: Lompat katak selepas nama 'dipancung' langkah akhir ahli politik selamatkan karier?


  • Politik
  • Jumaat, 04 Nov 2022

Terdapat beberapa calon mula lompat parti selepas dikatakan kecewa nama mereka digugurkan.

TERDAPAT segelintir ahli politik mula melakukan pecutan terakhir dengan strategi 'lompat katak' bagi menyelamatkan karier politik selepas nama mereka 'dipancung' dalam senarai penamaan calon baru-baru ini.

Tindakan itu dilakukan selepas mereka dipercayai terlalu kecewa dan marah dengan strategi sesetengah parti meletakkan muka baharu di kubu yang dibina selama ini.

Perbuatan 'memancung' nama itu disifatkan sebagai mengkhianati usaha keras mereka mendapatkan kepercayaan pengundi di sesuatu kawasan sehingga menjadi kubu kuat parti tersebut.

1794468

Bagaimanapun, penganalisis politik, Azmi Hassan berpandangan, tidak dinafikan kerana kekecewaan dan kemarahan selepas tidak terpilih untuk bertanding menjadi salah satu penyebab segelintir ahli politik melompat parti.

"Ahli politik terbabit harus mengetahui kekuatan mereka sendiri dan adakah dengan menjadi ahli Parlimen untuk empat atau lima penggal disebabkan kekuatan mereka atau ada parti dibelakang yang membantu.

"Berkemungkinan mereka menganggap kuat dengan sokongan pengundi selama ini dan mampu mengubah undian pengundi walaupun sudah bertukar parti.

"Namun, segalanya akan terjawab selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 kelak sama ada langkah yang dilakukan dengan melompat parti adalah tepat atau sebaliknya," katanya kepada Majoriti.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) political analyst Dr Azmi Hassan

Azmi Hassan

Bagaimanapun Azmi sendiri kurang bersetuju dengan tindakan segelintir ahli politik mengambil keputusan melompat parti selepas tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.

"Peluang harus diberikan kepada muka baharu untuk menyambung legasi mereka dan ahli politik harus faham bahawa setiap keputusan berdasarkan pucuk pimpinan parti itu sendiri.

"Mungkin pucuk kepimpinan parti mempunyai strategi tertentu dan sebagai calon mereka harus menerima segala keputusan yang ditentukan," katanya.

Tambah Azmi, calon yang digugurkan daripada bertanding dipercayai sudah berkhidmat dalam satu tempoh yang agak lama di sesuatu kawasan.

"Bagi saya, masa yang diberikan kepada ahli politik terbabit sudah mencukupi dan kini masa mereka pula untuk membantu parti selain menunjukkan kesetiaan.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka masih tidak berpuas hati atau memberontak, ahli politik boleh meneruskan tindakan untuk melompat parti sebelum hari penamaan calon secara rasmi dilakukan," jelasnya.

Azmi menjangkakan, ahli politik yang lompat parti kebiasaannya tidak dapat bertahan lama kerana kedudukan mereka terancam walaupun berada dalam parti berbeza.

"Terdapat beberapa kes yang boleh dijadikan contoh seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, ada ahli politik yang melompat parti namun tidak berjaya dalam parti tersebut.

"Lompat parti ini tidak seharusnya berlaku namun itu adalah hak politik masing-masing. Tinggi rendah langit itu akan diketahui kelak dan saya berpendapat mereka berada di sesuatu tahap sehingga boleh digelar 'otai' dan veteran adalah disebabkan parti mereka sendiri," jelasnya.

Berikut antara calon yang dikatakan akan bertanding pada PRU15 dengan parti berbeza:

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ditemui media selepas Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia di Kompleks Komuniti Muhibbah PPR Kampung Muhibbah Bukit Jalil hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Shahidan Kassim

Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan oleh Barisan Nasional (BN) akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kawasan itu pada PRU15.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah, diumumkan akan bertanding atas tiket PN pada majlis di Terengganu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

WhatsApp Image 2022-11-04 at 12.42.19 PM

Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

Selain Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib turut digugurkan BN daripada bertanding pada PRU15.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga bertanding di bawah tiket PN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Maran menentang wakil BN yang juga Ketua Umno Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media selepas pertemuan khas di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tan Sri Annuar Musa

Nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah digugurkan dalam penamaan calon untuk mewakili parti pada PRU15 baru-baru ini.

Beliau dipercayai memberi bayangan akan bertanding di Parlimen itu mewakili parti lain sekiranya tidak ditawarkan oleh BN.

Tempat Annuar digantikan Ketua Pergerakan Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin. Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi diumumkan Annuar berhubung keputusan bertanding dengan parti berbeza.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram