Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran di Serendah


  • 112
  • Ahad, 30 Okt 2022

Anggota bomba memadam kebakaran yang berlaku pada pukul 12 tengah malam.

SEORANG lelaki warga emas ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di bilik tidurnya di Taman Datuk Harun, Serendah, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mangsa merupakan warga tempatan berusia 70 tahun.

WhatsApp Image 2022-10-30 at 10.42.35 AM (2)

Keadaan mangsa yang ditemui rentung dalam kebakaran tersebut.

"Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, mangsa tinggal bersama pasangan suami isteri iaitu adik mangsa. Kedua-dua mereka berusia 67 dan 60 tahun berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa terperangkap.

"Mangsa yang berusia 70 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

WhatsApp Image 2022-10-30 at 10.42.35 AM (3)

Polis masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian yang berlaku.

Tambah Suffian, kebakaran tersebut menyebabkan rumah berkenaan musnah hampir 80 peratus.

"Kita juga menerima laporan polis yang dilakukan anak mangsa di Balai Polis Serendah berhubung kejadian.

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kebakaran, warga emas, rentung, maut, polis, serendah