SIRIM nafi jalan ujian klinikal produk kosmetik Skin Dessert


  • Primer
  • Sabtu, 29 Okt 2022

SIRIM menegaskan tidak pernah menjalankan sebarang ujian ke atas produk tersebut.

INSTITUT Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) menafikan dakwaan pernah menjalankan sebarang ujian terhadap produk kosmetik Skin Dessert pada Jumaat.

Ia berikutan tular tindakan Founder produk berkenaan bergambar di hadapan bangunan SIRIM baru-baru ini.

Founder terbabit turut memberitahu di Facebook, produk kosmetik Skin Dessert berada di proses akhir untuk ujian klinikal yang dilakukan Sirim.

WhatsApp Image 2022-10-29 at 6.45.28 PM

Perkongsian Founder terbabit di Facebook.

"Laporan akhir untuk Skin Dessert akan dimaklumkan sebaik sahaja diuji dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

"Kepada netizen yang kecam boleh fikir sendiri, takkan kita nak masuk makmal kalau barang kita tak bagus.

"Ibarat kau kerat tekak kau sendiri. Come On jangan jadi pembaris sangat. Orang busuk hati ramai tunggu masa nak ambil kesempatan atas kesempitan," katanya.

WhatsApp Image 2022-10-29 at 6.46.58 PM

Lima produk yang dibatalkan notifikasi selepas mengandungi racun.

Tambah Founder tersebut, pihaknya telah turun padang berjumpa pegawai termasuk Ketua Penyelidikan SIRIM dalam hal tersebut.

Susulan perkongsian founder terbabit di Facebook, rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik produk kosmetik seperti menegakkan benang yang basah.

"Lain macam yakin bergambar depan bangunan SIRIM semata-mata nak buktikan kepada pembeli," kata Aziah.

"Orang macam ini bukan tahu dosa pahala, janji barang dapat dijual dan meraih keuntungan," jelas SeaKalisha.

"Panjang akal orang macam ini nak tegakkan benang yang basah. Apa-apa pun terima kasih kepada pihak bertanggungjawab kerana pantas ambil tindakan," kata Zamri.

WhatsApp Image 2022-10-29 at 6.47.59 PM

Penjelasan SIRIM mengenai produk tersebut di Facebook.

Sementara itu, SIRIM dalam jawapan balas di ruangan komen berkata, pihaknya tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk tersebut seperti didakwa.

"SIRIM Berhad ingin menegaskan tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

"Sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik sila hubungi [email protected]," jelasnya.

WhatsApp Image 2022-10-29 at 6.49.36 PM

Produk tersebut dikesan mengandungi racun berjadual.

Pada masa sama, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan lima produk kosmetik antaranya Skin Dessert selepas dikesan mengandungi racun berjadual.

KKM turut memberitahu produk berkenaan mengandungi bahan racun seperti hydroquinone, tretinoin, miconazole dan merkuri.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Susulan itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram