Contohi Shahrul Saad, Teong Kim diharap mampu bentuk 'Badak' baharu Perak


  • Podium
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Shahrul yang terkenal dengan jolokan 'Badak' ketika beraksi bersama skuad Perak. — Facebook 

JOHOR Darul Takzim (JDT) melakar kemenangan 4-0 ketika aksi pembukaan Piala Malaysia 2022 pada Rabu.

Gol pertama JDT dihasilkan menerusi jaringan pemain pertahanannya, Shahrul Saad yang menanduk masuk bola sepakan Arif Aiman dari penjuru sebelah kanan.

Tiga lagi gol disempurnakan oleh Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Fernando Forestieri.

Sebagai tanker, kemampuan Shahrul yang boleh membantu pasukan meledak gawang lawan tentunya menarik perhatian penyokong tempatan.

Malah ada yang berpendapat, bekas bintang Perak FC boleh kembali bersama The Bos Gaurus bagi memantapkan kembali pasukan yang kini di bawah pengurusan dan kejurulatihan baharu.

asiana-50296

Shahrul ketika beraksi bersama skuad Perak. — Facebook

Bagaimanapun ada juga penyokong Perak berpendapat pasukan itu tidak memerlukan khidmat Shahrul yang terkenal dengan jolokan 'Badak'.

Sebaliknya Lim Teong Kim sebagai pengendali baharu Perak FC dirasakan boleh mencari atau membentuk pemain berbakat seperti Shahrul.

"Tak payahlah (ambil semula Shahrul). Cari 'Badak' baharu. Banyak persoalan kalau nak ambil Badak balik main dengan Perak. Salah satu soalan nak ke dia main dengan Perak balik? Itu je," kata Afiq Asyraf di Facebook PERAK F.C Supporters.

Fiezan Pejuang Misteri juga meluahkan pendapat sama yang berpendapat Perak mampu melahirkan pemain baharu sehebat Shahrul.

"Biarlah dia kat JDT, market tengah naik. Masa muda dah boleh buat duit. (Perak) fokus kepada defender muda...Insya-ALLAH nanti ade yang menyinar macam Badak," katanya.

1793797

Shahrul menyinar di JDT hasil keprihatinan dan hospitaliti pasukan itu yang merawatnya semasa cedera. — Facebook

"Biarlah dia kat sana.. Ramai 'Badak' lain lagi kat Perak ni. Kena rajin scouting je," tambah Abam Braderr.

ShaifulNizam MohdNoor pula berasakan Shahrul boleh kembali ke Perak apabila tiba masanya kelak.

"Insya-ALLAH suatu hari nanti, masa yang sesuai boleh balik Perak.

"Era profesional kita kena berlapang dada, sekarang JDT satu-satunya kelab profesional di Malaysia paling berjaya dan sempurna.

"Sayang kalau balik ke Perak kerana kita masih dalam keadaan pengurusan baharu sedang membina semula kelab Perak FC," katanya.

Untuk rekod Shahrul menyertai Harimau Selatan pada 8 Mei 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram