[VIDEO] Salah letak kereta, lelaki dipukul sampai berlumuran darah di Serendah


  • Tular
  • Selasa, 25 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala selepas dipukul tiga lelaki di Sserendah, Hulu Selangor.

SEORANG lelaki dilaporkan mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dipukul beramai-ramai di Serendah, Hulu Selangor pada Isnin.

Insiden itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang meletakkan kenderaan di ruangan parkir rumah suspek sebelum kedua-duanya saling berbalah dan bergaduh ketika kejadian.

Akibat perselisihan faham yang berlaku, suspek kemudiannya dipukul dan dipijak berulang kali di muka dan perut sehingga berlumuran darah.

Difahamkan, suspek dan mangsa merupakan sepupu dan pergaduhan itu bertambah serius apabila dua lagi suspek dilihat turut serta dalam kejadian tersebut.

Dikongsikan di laman Facebook, insiden itu hangat diperkatakan warganet.

Menurut laporan Polis Daerah Hulu Selangor, suspek terlebih dahulu memukul mangsa menggunakan senjata kayu sebelum didatangi dua lagi individu dipercayai rakannya ketika kejadian.

Suspek utama yang merupakan sepupu mangsa telah melarikan diri selepas mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala.

Polis Hulu Selangor telah mengenal pasti kesemua suspek yang terlibat dan akan mengambil tindakan tegas susulan kejadian itu.

Kes disiasat di bawah seksyen 148 kanun keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh polis.

Pihak polis meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil ke balai bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram