[VIDEO] Warga asing kini 'wanted,' selamba rembat minyak sapi di Seri Kembangan


  • Tular
  • Sabtu, 22 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga asing dikesan mencuri minyak sapi menerusi rakaman kamera CCTV di sebuah pasar raya di Seri Kembangan.

SEORANG lelaki dipercayai warga asing dilaporkan mencuri minyak sapi di sebuah pasar raya di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada Jumaat.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan terlebih dahulu memasuki ke premis itu dengan membawa sebuah beg sebelum mengambil bakul untuk kononnya membeli barang.

Namun, suspek dilihat mencurigakan tiba sebaik membawa beberapa minyak sapi ke satu ruang tersorok di belakang dan menyimpan kesemua barang itu ke dalam begnya.

Situasi itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan dikongsikan di laman TikTok.

Selesai menyorokkan minyak sapi tersebut, suspek kemudiannya memulangkan semula bakul yang diambil di kaunter bayaran.

Meskipun premis terbabit turut dikunjungi beberapa orang awam, kejadian curi itu langsung tidak disedari oleh mana-mana pihak termasuklah pekerja di pasar raya berkenaan.

Suspek kemudiannya beredar dari premis itu bersama beberapa tin minyak sapi yang diambil.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan warga asing tersebut.

“Dia ingat pasar raya itu tak ada kamera CCTV agaknya, tenang je dia keluar macam boleh jamin selamat,” kata Ryna205.

“Dalam banyak-barang kenapa curi minyak sapi, bini dekat rumah pesan suruh beli agaknya tapi suami pula mencuri,” tambah Yusouff.

“Bahaya betul kalau warga asing terus mencuri dan tidak tertangkap, sepatutnya beg tak boleh dibawa masuk ke dalam kedai takut ada kes curi,” jelas waamaa2402.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah mencuri di beberapa buah pasar raya lain di sekitar kawasan yang sama dan wajahnya turut terpapar di premis sebagai pencuri yang dikehendaki.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung kes tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram