DATUK Seri Azalina Othman Said kehilangan ibunya, Datin Salamah Sheikh Ahmad, yang menghembus nafas terakhir pagi Selasa di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.
Jenazah ibu kepada penyandang kerusi Parlimen Pengerang itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor pada Selasa.
Berita pemergian ibu Azalina itu dikongsikan Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, di Facebooknya.
Anggota Dewan Udangan Negeri (Adun) Tanjung Surat Aznan Tamin, turut berkongsi berita duka pemergian ibu Azalina itu.
Pada 29 Julai lalu, Azalina kehilangan ayahnya, Datuk Othman Said.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, Selangor kerana sakit tua. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram