Ular 'makan' tuan, Imam maut dipatuk King Cobra


  • Benua
  • Isnin, 24 Okt 2022

Mangsa bersama dengan ular peliharaannya sebelum maut akibat dipatuk. — Agensi

SEORANG lelaki dikenali sebagai Imam Rokhani maut dipatuk ular jenis King Cobra yang dibelanya sendiri sejak lima tahun lalu di Trenggalek, Indonesia.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Ahad ketika mangsa yang berusia 49 tahun sedang menukar air di dalam sangkar yang menempatkan haiwan peliharaannya itu.

Seorang daripada keluarga mangsa berkata, ketika kejadian, arwah sempat dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Ketika dibawa ke hospital, arwah memang sudah tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.

"Arwah meninggal kira-kira lima jam selepas dia dipatuk," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemadam Kebakaran Trenggalek, Triadi Atmono berkata, pihaknya mendapat arahan daripada polis untuk mengalihkan ular itu dari rumah mangsa.

Jelasnya, dua ekor ular itu dialihkan bersama dengan sangkar dan dibawa ke pejabat polis.

"Ular yang kita alihkan daripada jenis King Cobra dengan panjang sekitar empat ke lima meter," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram