Remaja 15 tahun lemas di tasik Bandar Seri Alam


  • 112
  • Isnin, 24 Okt 2022

Pihak bomba dimaklumkan terdapat dua orang remaja berusia 15 tahun dikhuatiri lemas di Bandar Seri Alam pada Isnin.

KEGEMBIRAAN sekumpulan remaja beriadah di sebuah tasik di Bandar Seri Alam di Johor Bahru, Johor berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Saifulbahri Safar berkata, kumpulan remaja itu terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan dikatakan berenang di Tasik 3 Beradik pada pagi Isnin (24 Oktober) sebelum kejadian berlaku.

Saifulbahri berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat dua orang remaja berusia15 tahun yang juga rakan sekelas dikhuatiri lemas pada 9.57 pagi.

"Apabila bomba tiba, seorang daripada remaja itu diselamatkan oleh orang awam di kawasan tersebut.

"Kami kemudian menemui mangsa kedua kira-kira 7 meter (m) dari tebing tasik sedalam 3m itu," katanya.

Mangsa kedua disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan selepas mayatnya dibawa naik.

Tambah Saifulbahri, mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram