[VIDEO] Asyik kongsi ilmu di kuil, profesor tiba-tiba rebah diserang sakit jantung


  • Benua
  • Isnin, 24 Okt 2022

Tangkap layar rakaman menunjukkan detik-detik terakhir Rananjay.

AJAL maut ketentuan Tuhan dan perkara itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja walau berada di mana sekali pun.

Itulah yang terjadi ke atas seorang lelaki apabila dia tiba-tiba rebah ketika sedang menyampaikan syarahan di dalam sebuah kuil di Chopra, Bihar, India baru-baru ini.

Insiden itu dirakam menerusi rakaman video berdurasi 32 saat menyaksikan lelaki terbabit, Profesor Rananjay Singh sedang berucap.

Rananjay yang juga merupakan Ketua Setiausaha Kuil Maruthi Manas di mana acara berbentuk keagamaan itu berlangsung.

Rakaman video menunjukkan Rananjay tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Rakaman tersebut menunjukkan Rananjay berada di atas sedang berkongsi ilmu sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Para tetamu yang hadir dalam acara tersebut rata-rata tidak menyangka bahawa dia akan meninggal dunia dalam sekelip mata di hadapan mereka.

“Saya terkejut melihat dia tiba-tiba rebah. Tidak sangka meskipun berada di rumah Tuhan, tetapi kematian itu tetap ada,” kata seorang tetamu.

Untuk rekod, Rananjay merupakan antara individu penting yang juga berperanan mengajar agama termasuk menjayakan penubuhan kuil Maruthi Manas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram