[VIDEO] Dua lawan satu, lunyai berbalas berdas-das tumbukan dekat lampu isyarat Kota Kinabalu


  • Tular
  • Rabu, 19 Okt 2022

Tangkap layar video mangsa dibelasah di persimpangan lampu isyarat di Kota Kinabalu.

SERINGKALI kita mengetahui bahawa aktiviti jenayah, khususnya kes pergaduhan selalunya dilakukan di tempat tertutup.

Ia penting demi menjaga aib si penjenayah daripada ditonton orang awam, apatah lagi dihidu oleh pihak berkuasa.

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila dua lelaki dilihat tanpa segan silu membelasah seorang pemuda di tempat awam, dalam kejadian yang dipercayai berlaku baru-baru ini.

Menerusi video tular, mangsa kelihatan terhuyung-hayang ketika ditumbuk bertalu-talu oleh kedua-dua suspek.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat bersebelahan stesen minyak Petron Churchill Street dekat Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk lebih jelas mengenai lokasi sebenar, ia juga dikatakan berlaku di hadapan pusat beli-belah Centre Point Sabah.

Insiden itu turut disaksikan oleh orang awam yang berhenti di lampu isyarat, namun tiada siapa dilihat membantu meleraikan pergaduhan tersebut.

Punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram