[VIDEO] Zakar hampir putus dibaham anjing, rider penghantar makanan trauma seumur hidup


  • Benua
  • Rabu, 19 Okt 2022

Tangkap layar kejadian malang menimpa seorang rider apabila kemaluannya hampir putus digigit anjing ketika menghantar makanan di sebuah pangsapuri di India.

SEORANG penghantar makanan (rider) berdepan dengan detik menakutkan selepas seekor anjing menggigit kemaluannya hingga hampir terputus.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Navi Mumbai Panvel, India.

Pada waktu kejadian, lelaki tersebut sedang bertugas menghantaran makanan ke salah sebuah pangsapuri di kawasan tersebut.

Insiden ngeri itu dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lif pangsapuri berkenaan.

Video itu memaparkan mangsa, yang dikenali sebagai Narendra Periyar ketika itu berada di dalam lif seorang diri dan bila pintu pengangkutan itu terbuka, kelihatan seekor anjing baka German Shepard bersama tuannya sedang menunggu di luar lif berkenaan.

Mangsa kemudiannya dilihat cuba bergerak ke sisi lif berkenaan untuk keluar, namun anjing itu tiba-tiba melompat ke arah lelaki itu dan menggigit kemaluannya.

Walaupun kejadian itu dilaporkan berlaku pada 29 Ogos lalu, namun video itu hanya tular sejak baru-baru ini.

Memetik laporan portal Zomato, lelaki itu sudah menerima rawatan di hospital dan pemilik anjing itu bertanggung jawab menanggung kos perubatan. — Agensi