[VIDEO] Dua parah gajah ‘naik minyak’, terperanjat kena renjatan elektrik


  • Benua
  • Rabu, 19 Okt 2022

Tangkap layar rakaman kejadian seekor gajah secara tidak sengaja naik minyak selepas terkena renjatan elektrik.

SEEKOR gajah secara tidak sengaja terkena renjatan elektrik dalam satu perarakan yang diadakan di Mehsana Gujurat, India baru-baru ini.

Difahamkan ketika kejadian, gajah berkenaan sedang membawa orang di belakangnya untuk perarakan besar Mahant Kaniram Bapu dari kuil Vadwala di kampung Kasva, Mehsana.

Gajah yang dihias untuk perarakan itu berjalan di atas jalan raya dengan membawa Mahant Kaniram Bapu bersama Mahant Raja Bhuwa di belakangnya.

Bagaimanapun, keadaan gajah itu semakin hilang pertimbangan apabila salah seorang peserta perarakan yang menaiki haiwan itu membuka payung dan bersentuhan dengan wayar elektrik.

Ia secara tidak langsung membuatkan haiwan itu terkena renjatan elekrik sebelum 'naik minyak'.

Gara-gara cemas dengan renjatan elektrik secara tiba-tiba itu, haiwan tersebut menjadi tidak terkawal dan mula berlari, menyebabkan orang di belakangnya terjatuh.

Selain itu, penjaga atau mahout gajah itu juga kelihatan hilang imbangan manakala gajah itu terus berlari seperti hilang arah.

Orang ramai yang berkumpul menyaksikan perarakan itu juga kelihatan terkejut dengan kejadian berkenaan dan tampil membantu mereka yang terjatuh.

Berdasarkan laporan terkini, dua mangsa kini stabil manakala haiwan itu juga selamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram