[VIDEO] 'Pak guard' hospital kena rasuk, menggelupur bila dengar laungan azan


  • Tular
  • Rabu, 19 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang pengawal keselamatan lelaki dipercayai dirasuk sedang ditenangkan oleh beberapa petugas.

KECOH di sebuah hospital apabila seorang pengawal keselamatan dilaporkan mengalami gangguan makhluk halus secara tiba-tiba baru-baru ini.

Mangsa yang dipercayai bertugas di hospital berkenaan dilihat menjerit-jerit sambil ditenangkan oleh petugas lain ketika kejadian.

Insiden itu yang dirakamkan oleh saksi kejadian kini tular di laman Facebook dan hangat diperkatakan warganet.

Tidak dapat dipastikan masa dan lokasi sebenar kejadian.

Berdasarkan video tersebut, lelaki berkenaan bertindak ganas apabila cuba merempuh beberapa lagi petugas lain.

Meskipun insiden itu cuba dihentikan, kejadian itu kemudiannya bertukar lebih serius apabila seorang lelaki bertindak melaungkan azan di telinga mangsa.

Sebaik laungan azan, mangsa mula merebahkan diri dan berjaya ditenangkan di lokasi kejadian.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut meninggalkan pelbagai spekulasi berkenaan kejadian itu.

“Pengawal itu mesti ada sebab tersendiri dia buat kecoh dan mengamuk, mesti ada pihak yang buat dia hilang sabar sampai jadi macam itu,” kata Nashairul Nizam.

“Nampak macam ada kejadian rasukan, lelaki itu menjerit sambil laungan azan diberikan oleh salah seorang pengawal,” jelas Shukor Seahat.

“Kadang-kadang pelawat suka datang tak ikut peraturan yang ditetapkan, kita kena ingat yang pengawal hanya menjalankan tugas dan arahan diterima daripada majikan bukan main suka-suka mereka bertegas,” Firdaus Zaharudin.

Masih belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan lokasi dan punca sebenar kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram