Golongan T20 buat hal, selamba parkir Porsche dekat pam stesen minyak walhal 'order' McD


  • Tular
  • Rabu, 19 Okt 2022

Aksi lelaki T20 yang meletakkan kenderaannya di sebuah pam stesen minyak sebelum menuju ke restoran makanan segera berdekatan mengundang kecaman ramai. — Twitter/Isu Semasa Viral

STESEN minyak merupakan kawasan awam yang sepatutnya digunakan oleh orang ramai secara toleransi.

Penggunaanya secara sesuka hati demi kepentingan diri sendiri semestinya akan menyusahkan orang lain.

Demikian seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang lelaki dilihat meletakkan kereta berjenama mewah, Porsche miliknya di sebuah stesen minyak.

Bukan itu sahaja, golongan T20 itu juga dilihat mengunci kereta tersebut dan terus menuju ke restoran makanan segera, McDonald's yang berdekatan bagi memesan makanan.

Tindakan bersahaja tanpa memikirkan orang lain itu berkemungkinan besar akan menyebabkan kenderaan lain yang memerlukan untuk mengisi minyak terpaksa beratur panjang.

Tidak pasti masa dan lokasi sebenar kejadian, namun beberapa gambar memaparkan aksi lelaki tersebut tular di media sosial, sekali gus mengundang kecaman netizen.

@entahnyaaa_ menulis: Nak tunjuk terpaling kaya ke?

@babahedidz pula berkata: "Aku dah lama perasan, orang kata yang pakai kereta besar atau mewah ni kebanyakannya o**k kecil. Orang kata la."

Tambah @AndIWontEatYou: "Yang ni aku pantang sangat. Orang nak isi minyak sedap-sedap pula kereta parking dekat pam tu sambil shopping dalam kedai tu. Takkan tak boleh letak kereta kat tepi?"

Sementara itu, tidak kurang ada yang membela tindakan lelaki tersebut.

@cekodokkepeng berkata, dia hairan apabila netizen kerap kali menularkan orang lain sesuka hati tanpa berprasangka baik.

"Mungkin dia tengok keadaan tak sibuk. Tak ada kereta pun yang beratur tunggu.

"Dan order McD tu dia rasa kejap je. Kalau orang rasa di halang orang, tak boleh ke pergi tepuk bahu minta dia alih kereta?" soalnya.

@oorashion berpendapat: "Mungkin dia nampak macam kurang common sense dan anda semua kecam dia. Tapi, adakah anda tahu dia selalu membuat panggilan video, menyanyi dan menangis untuk ibunya?

"He also save her mum contact as 'syurga' dekat phone. For him, his mum is everything." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram