TINDAKAN dua orang penunggang motosikal remaja yang melakukan aksi lagak ngeri di sebuah jalan akhirnya mengundang padah apabila mereka jatuh tersungkur.
Kedua remaja berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan ke sekolah selepas mengambil salah seorang daripadanya rakannya di rumah.
Namun, situasi itu bertukar tragedi apabila penunggang motosikal berkenaan melakukan aksi pacak selepas memecut laju di laluan tersebut.
Kejadian itu yang dipercayai berlaku selepas cuaca hujan dikongsikan di laman Facebook dan hangat diperkatakan netizen.
Akibat daripada tindakan itu, remaja terbabit akhirnya tersungkur di tepi jalan selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan.
Walaubagaimanapun, pembonceng motosikal sempat melepaskan diri ketika kejadian dan terselamat daripada terjatuh bersama rakannya.
Menerima lebih 230 perkongsian di laman Facebook, warganet turut mengecam tindakan kedua remaja itu.
“Sakit dapat malu pun dapat, yang pergi buat pacak atas jalan basah licin tu kenapa,” kata Syed Azlan Shah.
“Bagus, esok kau buat lagi cari yang ada gaung, kawasan situ paling padu boleh tembus alam lain kalau kau buat pacak,” jelas Asmaul Husna.
“Dah tahu jalan licin, ada hati nak tunjuk skil pacak, dasar perangai budak baru habis sekolah la budak dua orang itu,” tambah Adli Ikram.
Tiada sebarang maklumat terperinci mengenai lokasi kejadian dan kedua remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram