PERBUATAN terkutuk dilakukan seorang lelaki bergelar suami akhirnya terbongkar apabila si isteri menangkap kegiatan curang yang dilakukan di sebuah hotel pada Jumaat.
Kejadian itu difahamkan berlaku ketika si suami sedang leka melayan pelacur dan semasa serbuan dilakukan, kedua-duanya dilihat saling tidak berpakaian dan dalam keadaan mencurigakan.
Akibat daripada itu, si isteri yang terlampau marah kemudiannya bertindak menyerang si suami dan perempuan dipercayai pelacur terbabit.
Meskipun cuba untuk mengelak, wanita berkenaan terus meluru dan memukul serta menendang perut suaminya ketika kejadian.
Dikongsikan di laman Facebook, insiden itu tular di laman media dan hangat diperkatakan netizen.
Difahamkan, kejadian itu telah seminggu berlalu dan ia bukanlah kali pertama suaminya berlaku curang di belakangnya.
Akibat sering dikecam dan dituduh jahat oleh orang ramai dan pihak keluarga mertua, wanita berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk memuat naik video tersebut di laman Facebook.
“Seminggu dah kes ini terjadi dan kenapa baru sekarang aku nak hebohkan, sebab melampau sangat orang tuduh aku buat jahat.
“Keluarga dia seorang pun tak nak dengar cakap aku mana yang baik dan mana yang buruk.
“Kalau bagi aku makan cukup tak apa ini tidak, rumah bil api, air dan kereta semuanya asyik berhutang, banyak kali kantoi tapi aku ni yang kurang bijak percaya dia kata pergi jumpa kawan,” katanya.
Namun, belum ada sebarang laporan polis dibuat setakat ini dan Majoriti sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada wanita berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram