[VIDEO] Penyewa dah puas nafsu cabut lari, tinggalkan patung seks dalam bilik sewa Kajang


  • Tular
  • Jumaat, 14 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan sebuah rumah yang ditinggalkan dalam keadaan bersepah dan patung permainan seks yang ditinggalkan dalam sebuah bilik.

TINDAKAN seorang penyewa lelaki yang tidak membayar sewa rumah dan menghilangkan diri di sebuah pangsapuri Landmark Residence, Kajang, Selangor mengundang perhatian warganet.

Gagal melunaskan hutang sewa selama tiga bulan, penyewa tersebut turut meninggalkan rumah berkenaan dalam keadaan bersepah dan dipenuhi sampah busuk.

Paling mencuri perhatian, patung permainan seks disyaki milik penyewa itu turut ditinggalkan di dalam sebuah bilik.

Dikongsikan di laman Facebook @Ee Theng Cheng, video itu menerima lebih 1,000 perkongsian setakat ini.

Berdasarkan video itu, Theng Cheng yang merupakan pemilik rumah berkenaan mendakwa, lelaki tersebut telah menghilangkan diri selepas gagal dihubungi.

Selain daripada sampah sarap yang ditinggalkan, perabot rumah juga dipenuhi dengan lapisan habuk tebal dan rosak dicakar kucing peliharaan penyewa tersebut.

Turut berkongsi gambar dan maklumat peribadi lelaki berkenaan, Theng Cheng memohon agar orang ramai yang mengenali suspek untuk tampil membantunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan penyewa tersebut.

“Ramai orang yang pelik di luar sana, orang ramai perlu berhati-hati dalam menyewakan rumah kerana boleh terjadi perkara buruk jika si penyewa bermasalah,” kata Mary Beth.

“Patung itu mungkin dijadikan peneman ataupun teman wanita dia sepanjang menyewa di situ, sangat pelik bila ada orang macam itu di negara ini,” jelas Xiuteng Cheng.

“Penyewa dari neraka, hancur rumah sewa kalau dapat penyewa sakit mental seperti itu,” tambah Elvin Pang.

Belum ada sebarang maklumat lanjut daripada pihak polis berkenaan isu tersebut.

Majoriti sedang mendapatkan respons pemilik rumah bagi mendapatkan makluman lebih jelas berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram