[VIDEO] Rare, ustaz di Terengganu berubat guna pistol mainan, siapa sangka aksi lucu boleh sembuhkan penyakit misteri


  • Berita
  • Jumaat, 14 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang ustaz sedang menjalankan rawatan Islam terhadap pesakitnya dengan menggunakan pistol mainan.

SEGELINTIR masyarakat pada hari ini masih lagi mengamalkan rawatan tradisional bagi mengubati penyakit mistik ataupun gangguan halus yang dijangkiti.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian video di TikTok yang memaparkan satu rawatan tradisional yang dijalankan sebuah pusat rawatan Islam di Kuala Terengganu, Terengganu.

Paling mencuri perhatian, ustaz tersebut dilihat menggunakan sejenis pistol mainan ketika merawat pesakit yang didakwa dirasuk jin.

Meskipun rawatan itu agak pelik dan mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen, ia dipercayai mampu mengubati ramai pesakit.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan yang bergelar ustaz di pusat perubatan itu sedang merawat pesakitnya menggunakan alat permainan itu.

Mempamerkan gaya lucu dan pelik, namun ayat suci Al-Quran turut dibacakan dalam rawatan yang dijalankan dan mangsa yang dirasuk kelihatan tidak sedarkan diri ketika proses itu.

Difahamkan, pesakit berkenaan berjaya disembuhkan hasil daripada rawatan yang diberikan dengan menggunakan pistol mainan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan pendapat berhubung kejadian itu.

“Nampak macam lawak, tapi masih ada yang datang mendapatkan rawatan, itu tandanya perubatan yang dijalankan boleh menyembuhkan penyakit,” kata Zamil.

“Kalau anak aku yang berubat, mesti dia melalak nakkan pistol itu,” jelas Lin Zamri.

“Seram betul tengok pistol itu, kalau saya yang kena tembak pun mesti lari apatah lagi kalau jin ataupun makhluk halus,” tambah Ladyhoya.

Dalam video yang dimuat naik, pemilik akaun tersebut turut meninggalkan pesanan kepada orang ramai untuk tidak menghina kaedah rawatan yang dijalankan kerana ditakuti akan mendatangkan kemurkaan ALLAH. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram