[VIDEO] Ganas ugut pekerja, geng penyamun bersenjata ala ninja rompak kedai 24 jam di Kuching


  • Tular
  • Sabtu, 08 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan dua orang perompak melakukan keganasan dengan mengacu parang ke arah mangsa di sebuah premis perniagaan 24 jam di Kuching, Sarawak.

TINDAKAN sekumpulan lelaki bersenjata tajam merompak sebuah premis 24 jam di Kuching, Sarawak pada Khamis undang perhatian ramai.

Tak berbaju dan menyarung kain pelikat di kepala sebagai topeng, kumpulan perompak itu yang menyerupai gaya ninja menyerbu kedai berkenaan sekaligus mengundang ketakutan cashier kedai berkenaan.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan dimuat naik di laman TikTok.

Berdasarkan video itu, suspek dilihat bertindak ganas mengacu parang ke arah pekerja premis terbabit.

Suspek juga mengugut mangsa supaya menyerahkan wang di kaunter bayaran.

Cemas dengan ugutan tersebut, mangsa tidak mempunyai pilihan, selain menurut arahan dan kehendak perompak terbabit.

Menurut laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, kesemua enam suspek telah berjaya ditangkap bersama barang rampasan yang diambil.

Suspek berusia lingkungan 20 sehingga 26 tahun itu mempunyai 10 rekod jenayah lampau yang melibatkan kes dadah dan kecurian harta benda.

Difahamkan, modus operandi yang digunakan perompak berkenaan adalah bertopeng muka dan mengacukan parang untuk menakutkan mangsa serta sasaran kumpulan ini adalah premis kedai yang beroperasi 24 jam.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh mencecah 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram