Gigih bantu mangsa nahas di Tanjung Malim, lelaki tak sedar dompet dicuri siap pakej 'paywave' ratusan ringgit


  • Tular
  • Sabtu, 08 Okt 2022

Keadaan kereta jenis Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

NIAT baik seorang lelaki membantu mangsa kemalangan bertukar malang selepas dompet miliknya dicuri dalam kejadian di Tanjung Malim, Perak pada Jumaat.

Lebih menyedihkan, wang simpanan di dalam bank sebanyak RM420 turut lesap selepas digunakan individu yang mencuri dompetnya.

Mangsa, Abdullah Sazili di Twitter berkata, kejadian berlaku pada Jumaat ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

WhatsApp Image 2022-10-08 at 4.05.16 PM

Kisah sedih yang dikongsi mangsa di Twitter.

"Waktu itu hujan renyai ada kemalangan berlaku depan mata di Tanjung Malim, Perak. Ada sebuah kereta jenis Toyota Vios hilang kawalan di lorong paling kanan.

"Aku tolong mangsa sehingga ambulans dan polis sampai sebelum meneruskan perjalanan.

"Ketika perjalanan baru perasan dompet dah tiada. Check akaun rupa-rupanya dah ada orang guna paywave. Tiada rezeki aku hari ini," katanya di Twitter pada Sabtu.

WhatsApp Image 2022-10-08 at 4.06.01 PM

Mangsa rugi RM420 selepas digunakan individu yang mencuri dompetnya.

Pada masa sama, netizen bersimpati terhadap nasib yang menimpa lelaki terbabit.

"Sabarlah bang, mungkin Allah nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik," kata Pagie.

"Kesiannya, harap individu yang mencuri dompet dan mengambil duit tu dibalas dengan hukuman setimpal," jelas Dellaa.

"Semoga nasib abang ini dibalas dengan kebaikan. Harap kejadian ini dijadikan pengajaran untuk semua lebih berhati-hati," jelas Kamal.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram