Polis kenal pasti warga asing bikin onar di flat Kampung Baru


  • 112
  • Rabu, 05 Okt 2022

Tangkap layar video pergaduhan dua lelaki warga asing di Flat PKNS, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Selasa.

POLIS sudah mengenal pasti dua lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Flat PKNS, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden kekecohan tersebut pada Selasa pukul 11.35 malam.

"Polis sudah mengenal pasti dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat bagi membantu siasatan.

"Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dellhan

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya

Terdahulu, Majoriti melaporkan, tular sebuah video kejadian pergaduhan dua lelaki warga asing yang berlaku di Flat PKNS, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi video berdurasi 42 saat itu memaparkan seorang lelaki mengejar seorang lagi individu sebelum tiba-tiba memukul dengan sebatang kayu.

Kedua-dua suspek kemudiannya berbalas tumbukan sebelum seorang lagi lelaki cuba menghalang pergaduhan tersebut daripada berlanjutan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram