Bahang PRU15 mula terasa, 5 catatan suka duka Malaysia menempuh 14 kali PRU


  • Massa
  • Isnin, 10 Okt 2022

Desas-desus PRU-15 dijangka diadakan pada tahun ini akhirnya terjawab.

PILIHAN raya umum (PRU) pertama kali diadakan pada 27 Julai 1955 dan merupakan satu-satunya PRU yang diadakan sebelum negara mencapai status kemerdekaan pada tahun 1957.

Sehingga hari ini, negara telah menjalankan sebanyak 14 kali PRU dengan menyaksikan sembilan perdana menteri dilantik sepanjang tempoh tersebut.

Sistem PRU di Malaysia dijalankan menerusi dua peringkat iaitu persekutuan bertujuan memilih ahli Dewan Rakyat, dewan rendah Parlimen sementara di peringkat negeri pula untuk memilih ahli Dewan Undangan Negeri di setiap negeri.

Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem Westminster yang mana individu mendapat kepercayaan majoriti menjadi wakil rakyat seterusnya diangkat sebagai perdana menteri di peringkat Persekutuan dan menteri besar atau ketua Menteri di peringkat negeri.

Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli dikenali sebagai ahli Parlimen yang dipilih untuk berkhidmat selama lima tahun. Setiap ahli Parlimen dipilih dari satu kawasan dengan menggunakan sistem pengundian pemenang undi terbanyak.

Umur kelayakan mengundi terkini adalah 18 tahun dan ke atas yang layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR apabila dikuatkuasakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri merupakan badan yang bertanggungjawab menjalankan pilihan raya persekutuan dan negeri.

KUALA LUMPUR, 9 Jun -- Gambar Istana Negara ketika dirakam hari ini. 
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 
Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PRU-15 akan dilakukan sebaik Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Tempoh kempen paling lama

Sepanjang PRU ini berlangsung, tempoh kempen paling lama berlangsung ialah selama 35 hari yang berlaku pada tahun 1959,1964 dan 1969.

PRU pada tahun 1959 merupakan pilihan raya pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan ia juga pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Pembubaran Parlimen telah diumumkan pada 27 Jun 1959 manakala penamaan calon pada 15 Julai 1959 sebelum berakhir pada 19 Ogos 1959. PRU ini dimenangi Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Persatuan Cina Malaya (MCA) dan Kongres India Malaya (MIC).

Sementara PRU tahun 1964 merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 serta pilihan raya umum yang kedua selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

PRU ini juga berlangsung selama 35 hari bermula pada 1 Mac 1964 (pembubaran Parlimen) manakala penamaan calon berlaku pada 21 Mac sebelum berakhir pada 25 April 1964.

Tempoh kempen paling lama ini juga berlaku pada tahun 1969 ketika PRU ke-3. Pembubaran Parlimen telah dilakukan pada 20 Mac 1969 manakala penamaan calon pada 5 April dan berakhir pada 10 Mei 1969.

Bagi tempoh kempen pada PRU ke-4 berlaku selama 16 hari bermula 31 Julai 1974 hingga 24 Ogos 1974 manakala PRU ke-5 pada tahun 1978 berlangsung selama 17 hari iaitu pada 12 Jun 1978 hingga 8 Julai 1978.

Sementara PRU ke-6 (1982) berlangsung selama 15 hari iaitu pada 29 Mac hingga 22 April 1982.

Members of Malaysia's parliament attend a session of the lower house of parliament, in Kuala Lumpur, Malaysia July 26, 2021. Malaysia Information Department/Nazri Rapaai/Handout via Reuters ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES

PRU akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen.

Tempoh kempen paling singkat

Tempoh kempen paling singkat berlaku pada PRU ke-11 pada tahun 2004. Kempen ini hanya berlangsung selama lapan hari selepas pembubaran Parlimen diumumkan pada 4 Mac 2004 manakala penamaan calon telah diadakan pada 13 Mac sebelum berakhir pada 21 Mac 2004.

Tempoh kempen PRU pada tahun 2004 ini hanya sehari awal berbanding PRU ke-10 yang berlangsung selama sembilan hari selepas pembubaran Parlimen telah diumumkan pada 10 November 1999 manakala penamaan calon pula pada 20 November dan berakhir pada 29 November 1999.

Sebanyak tiga PRU telah dilakukan dalam tempoh 10 hari secara berturut-turut membabitkan PRU-7(1986), PRU-8 (1990) dan PRU ke-9 (1995).

PRU ke-7 berlaku pada tahun 1986 selepas pembubaran Parlimen diumumkan pada 19 Julai 1986 manakala penamaan calon pada 24 Julai 1986 sebelum berakhir pada 3 Ogos 1986.

Bagi PRU ke-8 pula ia berlangsung pada tahun 1990 pada 21 Oktober selepas pembubaran Parlimen pada 4 Oktober 1990 dan penamaan calon dilakukan pada 11 Oktober 1990.

Kali terakhir tempoh kempen selama 10 hari ini berlaku adalah pada tahun 1995 dan merupakan PRU ke-9. Pembubaran Parlimen diumumkan pada 6 April manakala penamaan calon berlaku pada 15 April sebelum berakhir pada 25 April 1995.

Bagi PRU ke-10 pada tahun 1999 berlangsung selama sembilan hari bermula pada 10 November hingga 29 November manakala pada 2008 iaitu PRU ke-13 berlaku selama 13 hari dari 13 Februari hingga 8 Mac 2008.

Sementara PRU ke-14 pula diadakan pada 3 April 2013 dan berakhir 13 hari kemudian iaitu 5 Mei 2013.

(STAND ALONE)Election Commission staff Jesselyn Philip  is making  preparations in anticipation of the polling day this Saturday (Sept 26) at SRK St David for voters to cast their votes. They are among 20 people appointed as workers there to ensure the voting process goes smoothly. — ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

PRU pertama kali diadakan pada 27 Julai 1955 dan menjadi satu-satunya pilihan raya sebelum kemerdekaan.

Tun Dr. Mahathir cipta sejarah jadi Perdana Menteri kali kedua

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah selepas menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada PRU ke-14 akibat kekalahan Barisan Nasional buat pertama kali dalam lipatan sejarah politik di negara ini.

Tun Dr. Mahathir menerusi tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) dengan 5,512 undi.

Bapa Pemodenan itu juga pernah menjawat jawatan paling lama berkhidmat dalam sejarah iaitu selama 22 tahun bermula pada tahun 1981 hingga 2003.

Langkah Sheraton

Langkah Sheraton merujuk kepada perhimpunan 11 anggota parlimen yang meninggalkan PKR untuk bergabung dengan Bersatu, BN, PAS, GPS dan Warisan pada 23 Februari 2020 di Sheraton Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai usaha mengambil alih Putrajaya daripada PH dengan menggunakan nama Perikatan Nasional.

Dalam usaha itu, Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 sebelum dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim sementara pihak istana menggerakkan usaha mencari Perdana Menteri baharu.

Pada 29 Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.

13mei (1)

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 menjadi detik hitam dalam sejarah negara.

Penggantungan Parlimen

Parlimen pernah digantung hanya sekali dalam sejarah Malaysia ketika berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang menyebabkan ratusan rakyat Malaysia meninggal dunia dan memusnahkan harta benda.

Peristiwa pahit yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara itu berlaku selepas keputusan PRU pada 10 Mei 1969 sehingga negara terpaksa diisytihar darurat.

Perisytiharan darurat terbabit menyebabkan kerajaan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 16 Mei 1969 sebelum dibubarkan pada 23 Februari 1971 selepas pemulihan Parlimen.

A member of media arrive for Chairman of EC Tan Seri  Mohd Hashim Abdullah announcing the date of nomination and polling for the 14th General Election in Putrajaya.Azhar Mahfof/The Star (10/4/2018)

PRU-15 dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Selepas berteka-teki sejak September, status pembubaran Parlimen akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan perkara itu pada Isnin.

Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dengan terjawabnya teka-teki itu, Malaysia sekali lagi akan menempuh perjalanan PRU-15 yang bakal menyaksikan warna-warni politik yang berbeza berbanding PRU sebelum ini.

Ini kerana wujudkan beberapa pakatan baharu seperti Perikatan Nasional yang dijangka memberi tentangan sengit kepada dua gabungan besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Tarikh berkaitan PRU-15 akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PRU, pilihan raya, fakta, malaysia, SPR, kejadian, sejarah, umum,