'Ini satu berita gembira', bantuan awal sekolah disambut dengan lafaz syukur


  • Massa
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Setiap murid akan menerima bantuan tanpa mengira pendapatan keluarga.

GOLONGAN ibu bapa meluahkan rasa gembira dan lega selepas kerajaan mengumumkan bantuan awal persekolahan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Pengumuman tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Tengku Zafrul berkata, bantuan awal persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

"Bantuan ini akan dipertingkatkan jumlah daripada RM100 kepada RM150 bagi setiap murid," katanya ketika pembentangan bajet 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Sementara itu, pengguna media sosial terutamanya ibu bapa meluahkan rasa gembira dengan pengumuman tersebut.

"Alhamdulillah, nampak jumlah itu sikit di mata orang tapi bagi sesetengah ibu bapa yang kurang pendapatan, ini satu berita gembira," kata Faizal Halim.

"Harap bantuan ini juga dapat membantu keluarga susah dan memberi peluang kepada murid menimba ilmu di sekolah," jelas Umarkati.

"Di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak banyak sekolah daif dan murid yang susah dengan bantuan ini dapat mengurangkan sikit beban ibu bapa. Tahniah kerajaan kerana menjaga Keluarga Malaysia," kata Seriyanti.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram