Rakyat lega kerajaan kurangkan kadar cukai pendapatan


  • Massa
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Orang ramai menyifatkan pengurangan cukai pendapatan sebagai satu berita menggembirakan.

RATA-rata rakyat Malaysia menyambut baik pengumuman kadar cukai pendapatan dikurangkan dalam pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Perkara itu diluahkan menerusi komen-komen pengguna di media sosial.

"Saya amat menghargai usaha yang dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat," kata seorang pengguna, Kamelia.

"Harap dengan usaha ini dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia. Pengumuman ini satu berita gembira," jelas Latif.

"Sedih pula rasa, sudah dah nak pencen baru nak umum kurangkan kadar cukai tapi untuk anak-anak ini perkara yang bagus," kata Kamarul Iskandar.

"Saya sangat bersetuju dengan pengumuman ini, dah boleh menyimpan duit untuk masa hadapan, rasa kurang sikit beban," jelas Ismail50.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kadar cukai pendapatan akan dikurangkan sehingga dua peratus.

"Cukai pendapatan dikurangkan dua peratus iaitu banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 turun daripada 13 peratus kepada 11 peratus.

"Sementara banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,00 pula akan turun daripada 21 peratus kepada 19 peratus," katanya ketika pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram