[VIDEO] Pukul curi rakan senegara guna kayu, 2 lelaki bikin kecoh bergocoh di flat Kampung Baru


  • Tular
  • Rabu, 05 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan pergaduhan dua lelaki warga asing di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

TULAR sebuah video kejadian pergaduhan dua lelaki warga asing yang dipercayai berlaku di Flat PKNS, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi sebuah video berdurasi 42 saat itu memaparkan seorang lelaki mengejar seorang lagi individu sebelum tiba-tiba memukul dengan sebatang kayu.

Kedua-dua suspek kemudiannya berbalas tumbukan sebelum seorang lagi lelaki cuba menghalang pergaduhan tersebut dari berlanjutan.

Terdengar juga jeritan seorang wanita ketakutan dan meminta orang ramai menghubungi pihak polis.

Difahamkan, kedua-dua lelaki warga asing terbabit telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengutuk perbuatan warga asing terbabit bergaduh dan menyifatkan kejadian itu seperti kebudak-budakan.

"Perangai seperti budak-budak, sikit-sikit bergaduh. Dapat apa kalau gaduh? Sakit yang dapat masalah tak selesai juga," kata Ahmadon

"Datang negara orang kenalah jaga kelakuan, hormat undang-undang. Bukan ikut kepala sendiri," jelas Biha.

"Punyalah majmuk masyarakat di negara ini sampai dekat warga asing ni, boleh buat perangai pula," kata Zilaziah.

Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Majoriti juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan maklumat dari pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gaduh, polis, dua, lelaki, warga, asing, kampung, baru, bergaduh, flat, pkns