Kempen 'KWSP bersasar' gagal, ramai kecewa tiada pengumuman yang ditunggu dalam Bajet 2023


  • Massa
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Netizen meletakkan harapan tinggi untuk menunggu pengumuman tentang KWSP bersasar dalam pembentangan Bajet 2023.

ORANG ramai kecewa selepas tiada pengumuman berkaitan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar ketika pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Rata-rata orang ramai mengeluh dan menyifatkan masih terkesan dari segi ekonomi selepas pasca pandemik Covid-19.

Malah ketika pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, netizen menghujani komen di media sosial dengan ayat 'KWSP bersasar' sejak awal pembentangan.

Sebaliknya, topik hangat mengenai KWSP hanya membincangkan had caruman sukarela yang akan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.

Ia bertujuan menggalakkan lagi caruman sukarela, kerajaan juga akan meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000.

"Mengapa tiada pengumuman KWSP bersasar dibentangkan dalam Bajet 2023? Adakah terlalu sukar mengeluarkan simpanan sendiri," jelas Sitim Mariam.

"Sangat sedih bila Tengku Zafrul tidak mengumumkan mengenai KWSP secara bersasar," kata Jamalali.

"Kenapalah susah sangat nak umum mengenai KWSP bersasar, ramai yang tengah susah dan amat memerlukan," jelas Aliya.

"Punya tunggu dari awal pembentangan, sangat berharap ada umum mengenai KWSP bersasar tapi lain pula yang diumumkan. Terima sahaja semua," MazlanAhmadMajoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram