RAKAMAN video memaparkan tindakan seorang lelaki lengkap berbaju Melayu lengkap berkopiah menyembah dan berdoa di hadapan sebuah mazbah mencetuskan tanda tanya netizen, khususnya umat Islam.
Video berdurasi selama 18 minit dan 29 saat itu didakwa berlaku di sebuah tokong di Klang, Selangor mula tular di media sosial sejak lima hari lalu.
Dalam video itu, lelaki terbabit dilihat sedang duduk bersila, menyembah sambil berdoa seperti amalan umat Islam di hadapan sebatang keris yang dicucuk di atas bongkah kuning, yang diletakkan di depan mazbah.
Sambil melakukan ritual itu, seorang lelaki berkaca mata dilihat mengipas semangkuk kemenyan yang berada di hadapan keris tersebut.
Selain itu, lelaki berkenaan juga dilihat mengasap sebuah tanjak dan mengenakannya di atas kepala.
Turut kelihatan dalam ritual tersebut adalah beberapa kanak-kanak yang berdiri di belakang lelaki itu sambil memegang colok, selain dua lelaki dewasa memakai songkok.
Bukan itu sahaja, dua lelaki dewasa tersebut turut mengiringi lelaki yang memakai tanjak untuk meneruskan ritual terbabit.
Lelaki yang memakai tanjak itu dipercayai menjadi ketua ritual pemujaan tersebut.
Sebaik selesai upacara ritual terbabit, kelihatan seorang lagi lelaki dipercayai bukan berbangsa Melayu yang mengenakan pakaian baju Melayu keluar dari tokong tersebut.
Lelaki itu kemudiannya membuka baju sebelum menyambung ritual di luar tokong bersama beberapa individu lain.
Ritual terima kritikan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan ritual yang diadakan itu, susulan dipercayai mempermainkan agama Islam.
Tulis Tansaleh Tan: "Jabatan Agama Islam di negeri terbabit sila ambil perhatian, orang Melayu melakukan perbuatan khurafat.
Roslan Abd Rahman berkata: "Kaum ni pakai songkok, sampin pemakaian orang Islam. Mempergunakan, sungguh tak ada adab."
Sementara itu, Shahril Aizat berkata, terdapat sesetengah tempat yang menyembah dewa yang dipanggil Datuk Melayu.
"Memang adat orang Cina. Malaysia ni kaya dengan budaya dan adat kepercayaan ikut agama masing-masing."
Soal Zaed Waknen: "Ini ke yang orang Cina panggil Datuk Kong?"
Jawab Hairi Elly: "Betul, mana yang tahu kita diam je. Ini kepercayaan agama mereka." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram