[VIDEO] Trafik Terowong Menora terhenti awal pagi angkara lori musnah dijilat api


  • Tular
  • Khamis, 06 Okt 2022

Kemalangan yang menyebabkan lori tersebut hampir musnah dijilat api. —Gambar Facebook/VIRAL PERAK

TULAR rakaman video di media sosial yang memaparkan sebuah lori musnah terbakar di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara, Perak dirakam pemandu lain yang melalui jalan berkenaan pada awal pagi Khamis.

Dalam video yang dimuat naik di halaman Facebook VIRAL PERAK kelihatan lori tersebut hampir musnah dijilat api.

"Kuala Kangsar kemalangan di Km 266.3 dari Kuala Kangsar ke Ipoh. Semua lorong arah Selatan dan lorong kanan termasuk tengah arah Utara terhalang. Trafik terhenti arah Selatan," tulisnya.

Difahamkan kejadian itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuh raya tersebut dan trafik terhenti selama beberapa jam.

310982949_615148360063086_1920670909308378517_n

Hasil maklumat yang dikongsikan orang kejadian kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh balai bomba dan penyelamat pada awal pagi Khamis. — Gambar Facebook/VIRAL PERAK

Menjengah ke ruangan komen, seorang warganet, Ex V Adam berkata, kawasan tersebut kerap berlaku kemalangan.

"Kawasan ini memang 'berpenunggu kaki bakar' ke apa? Dah kerap sangat kemalangan maut dan terbakar," katanya.

Menurut Saya Mie pula, lebuh raya tersebut banyak melibatkan kemalangan kenderaan kenderaan berat.

"Bila berlaku kemalangan, mesti berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk. Bayar tol kena hadap jem. Hebat rakyat Malaysia ini. Semoga kita sentiasa berhati-hati dan ALLAH jauhkan segala musibah," tulisnya.

Hasil perkongsian dari VIRAL PERAK, kejadian kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh balai bomba dan penyelamat pada awal pagi Khamis dan tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram