[VIDEO] 'Kalau angin tolak mesti jatuh', budak lelaki nyaris hilang nyawa bermain tepi tingkap kondo di JB


  • Tular
  • Khamis, 06 Okt 2022

Tangkap layar video budak lelaki mengeluarkan hampir separuh badannya ketika duduk di tingkap sebuah kondominium di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru pada Rabu.

TULAR sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan memanjat keluar tingkap rumahnya dipercayai di Johor Bahru, Johor sejak Rabu.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang penduduk di kawasan berkenaan yang mana menunjukkan tindakan berbahaya daripada kanak-kanak terbabit.

Berdasarkan video berdurasi 21 saat itu, budak lelaki tersebut pada mulanya kelihatan membuka tingkap di rumahnya sebelum duduk dan mengeluarkan hampir separuh badan.

Hampir 20 saat duduk di tingkap tersebut, budak lelaki itu kemudiannya masuk kembali ke dalam rumahnya sebelum seorang lagi budak dipercayai adiknya turut bermain di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kondominium Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai bimbang akan keselamatan kanak-kanak lelaki itu.

"Kenapalah biar anak-anak main dekat tingkap, sayangilah nyawa mereka sebelum terkorban," kata Mohd Nazri Ali.

"Kalau angin tiup boleh jatuh itu, bahaya kalau tergelincir kaki ke bawah itu," jelas Isa Miah.

"Ya Allah, kalau ada anak kecil kena pasang grill ataupun kunci, bahaya sangat," ujar Viral Di Johor.

"Dua kaki dah dekat luar, ngeri betul," luah Zamri Rasip.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa mahupun pengurusan kondominium terbabit setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram