[VIDEO] Wanita beri idea bernas, bagaimana guna seterika ketika tiada bekalan elektrik


  • Benua
  • Khamis, 06 Okt 2022

Tangkap layar video memaparkan senario seorang wanita menunjukkan idea bernas untuk menyeterika pakaian ketika bekalan elektrik terputus.

TULAR sebuah video di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita berkongsi idea bernas untuk menyeterika pakaian suaminya ketika bekalan elektrik di rumah terputus lebih 17 jam, lapor Suara.com.

Video berdurasi satu minit dua saat itu dimuat naik oleh @hariankopas dalam Instagram pada Ahad.

“PLN (bekalan elektrik) terputus selama lebih 17 jam pada Isnin, tetap perlu menyeterika pakaian,” tulis kapsyen video tersebut.

Wanita itu bertindak memanggang seterika elektrik miliknya di atas sebuah dapur gas selama beberapa minit sehingga panas.

Dia kemudian menggosok pakaian suaminya menggunakan seterika tersebut.

Tindakan itu membantunya menyelesaikan masalah bekalan elektrik kerana suaminya memerlukan pakaian untuk keluar bekerja.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Boleh mencubanya untuk seterika yang sudah rosak, kalau masih berfungsi, lebih baik jangan,” kata @ribut_bagus.

“Inilah yang saya lakukan berpuluh-puluh tahun lalu apabila terlupa menggosok baju sekolah tetapi bekalan elektrik terputus pada waktu pagi,” kata @hikmatululfah. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram