Menyalak punya pasal, 3 pembenci haiwan sebat anjing setengah mati


  • Benua
  • Rabu, 05 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan aksi ketiga-tiga suspek ketika membelasah seekor anjing.

PIHAK polis menahan tiga lelaki yang bertindak kejam membelasah seekor anjing dalam kejadian di Bengaluru, India pada Isnin.

Sebuah video tular memaparkan, mereka menyebat seekor anjing yang dirantai dengan kayu tebal.

Pada masa sama, salah seorang daripadanya turut menolak individu yang merakam video itu apabila dia cuba campur tangan.

Suspek kemudian menyambung memukul haiwan tersebut, yang dilihat terbaring di atas tanah sambil meraung kesakitan.

Tidak beberapa lama kemudian, semua suspek dilihat berlalu pergi, selepas pemilik anjing itu tiba ke lokasi kejadian serta memarahi mereka.

Difahamkan, suspek menyerang anjing tersebut pada Isnin selepas haiwan itu menyalak ke arah mereka.

Pemilik anjing itu telah menghantar haiwan tersebut ke hospital veterinar.

Selain itu, pemilik anjing tersebut turut memfailkan aduan rasmi kes di bawah Akta Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan, yang membawa penahanan ke atas ketiga-tiga suspek tersebut.

Kejadian itu juga dilaporkan berlaku di Layout Manjunatha di Bengaluru Timur, yang terletak berhampiran dengan balai polis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram