[VIDEO] Terseret sampai berapi, 'rider' maut rempuh bulatan Tugu Keris


  • Benua
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Tangkap layar detik mangsa terseret sebelum tercampak di bulatan Tugu Keris, Kota Baru Jambi, Indonesia, baru-baru ini.

Tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah kemalangan tragis berlaku di bulatan Tugu Keris, Kota Baru Jambi, Indonesia, baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan motosikal jenis Honda Tiger bernombor pendaftaran BH 4477 terseret di jalan sehingga mengeluarkan api sebelum mangsa tercampak di tepi bulatan.

Menurut laporan media tempatan, mangsa maut di tempat kejadian selepas melanggar dinding bulatan Tugu Keris di Bandaraya Jambi.

Berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian, mangsa menunggang dengan lajur dari arah Gor Kota Baru ke Tugu Keris sebelum membrek secara mengejut.

Tindakan mangsa menyebabkan motornya hilang kawalan dan terjatuh serta terseret sejauh kira-kira 29 meter.

Motosikal mangsa tercampak pada kaki lima di Bulatan Tugu Keris, manakala mangsa pula tercampak pada dinding taman di bulatan Tugu Keris.

Mayat mangsa dikendalikan Polis Jambi untuk tindakan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kemalangan, tragis, motor, honda, Tiger, Indonesia