Scammer menyamar Rafizi Ramli — ‘Selamba pakai gambar aku masa gemuk’


  • Tular
  • Selasa, 04 Okt 2022

Ciapan Rafizi Ramli di Twitter mengenai cubaan scammer menipu salah seorang pekerjanya pada Selasa.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tipu helah scammer yang menyamar sebagai dirinya.

Menurut ciapannya di Twitter pada Selasa, scammer terbabit menggunakan gambarnya dan selalu menghubungi pekerja untuk menipu.

Concorde Club GE15 - What now for opposition with Rafizi Ramli at Concorde Hotel KL on March 31.—AZMAN GHANI/The Star

Rafizi Ramli.

"Ada scammer selalu hubungi nak scam pekerja-pekerja saya.

"Kali ini, scammer pula kena scam balik. Selamba pakai gambar aku masa gemuk nak scam pekerja," ciapnya di Twitter.

WhatsApp Image 2022-10-04 at 11.22.31 AM

Tangkap layar tindakan scammer cuba memperdaya salah seorang pekerja Rafizi.

Rafizi turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan helah scammer tersebut.

Menerusi perbualan di WhatsApp yang sempat ditangkap layar, scammer terbabit meminta salah seorang pekerjanya untuk pergi ke hentian rehat dan rawat (R&R) berdekatan untuk membeli beberapa barangan untuk dihantar kepadanya.

Scammer terbabit juga meminta pekerja tersebut menyemak sama ada kedai terbabit mempunyai kad Google Play.

Bagaimanapun, pekerja terbabit tidak mempercayai dan memerli scammer itu bagi mengelak daripada ditipu.

WhatsApp Image 2022-10-04 at 11.24.04 AM

Rafizi Ramli berkongsi nombor telefon yang digunakan scammer.

Sementara itu, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan scammer yang menggunakan gambar Rafizi Ramli untuk memperdaya pekerja.

"Rasanya scammer ini kurang bijak sebab guna salah orang untuk menipu. Jarang-jarang scammer kena scam balik," kata amandali.

"Nasib baik pekerja tu pun pandai nak scam balik, kena jaga pekerja macam ini," jelas Razalikhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

scammer, scam, rafizi, ramli, pekerja, cubaan, menipu,