CUBAAN tiga lelaki berusaha memecah masuk ke sebuah rumah mengundang perhatian warganet apabila perbuatan mereka menemui jalan buntu setelah beberapa kali mencuba.
Difahamkan, kejadian itu berlaku berhampiran Taman Malawa Jaya, Kota Kinabalu, Sabah pada awal pagi Isnin dan insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) rumah terbabit.
Menerima lebih 200,000 jumlah tontonan, video tersebut memperoleh pelbagai reaksi daripada warganet.
Menerusi video tersebut, ketiga suspek terbabit dilihat memecah masuk ke rumah berkenaan sebelum salah seorang daripadanya bertindak mencuri kasut.
Usaha mereka menemui jalan buntu apabila jeriji tingkap dipasang di bahagian dalam menjadi penghalang kepada ketiga-tiga perompak terbabit.
Akibat daripada itu, perompak berkenaan akhirnya membatalkan niat mereka dan meninggalkan rumah tersebut.
Namun sebelum beredar, salah seorang suspek bertindak mencuri beberapa pasang kasut di rumah itu dan perbuatannya dihujani pelbagai kecaman warganet.
Tina Hamdan258 berkata, meskipun gagal menceroboh ke dalam rumah, perompak berkenaan masih tidak berputus asa apabila mencuri kasut.
“Seorang sibuk buka tingkap, seorang lagi mencuri kasut, asalkan dapat curi kasut pun jadi la daripada pulang dengan tangan kosong,” katanya.
“Itu bagusnya ada jeriji tingkap di bahagian dalam, kalau pencuri kopak pun tiada masalah sebab mereka tiada kunci mangga,” jelas Abangbesi.
“Zaman sekarang ni masih lagi ada pencuri kasut, setakat kasut macam itu banyak yang dijual di pasar dengan harga murah,” tambah Rain.
“Nasib baik ada jeriji di bahagian dalam, pandai tuan rumah buat reka bentuk tingkap macam itu, kalau tidak pasti perompak berjaya menceroboh,” jelas Nor Lela Ahmad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram