[VIDEO] Melambung sampai 'wekang', penunggang bersepai langgar bonggol tidak bercat


  • Tular
  • Isnin, 03 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang penunggang motosikal terjatuh akibat terlanggar bonggol tidak bercat di laluan berhampiran kawasan Pandan Jaya, Ampang Jaya, Selangor.

SEORANG penunggang motosikal tercampak dan terjatuh di sebuah jalan raya akibat terlanggar bonggol yang tidak bercat di jalan berhampiran Pandan Jaya, Ampang Jaya, Selangor pada Isnin.

Kejadian itu berlaku apabila penunggang tersebut dipercayai tidak sempat menekan brek sebaik melanggar bonggol kecil di situ sekali gus menyebabkan lelaki terbabit hilang kawalan dan terbabas ke tengah jalan.

Menerusi rakaman dashcam dimuat naik di laman Facebook itu, insiden berkenaan menerima pelbagai persepsi dan respon daripada warganet.

Video berdurasi seminit itu menerima lebih 100,000 tontonan setakat ini.

Difahamkan, insiden itu berpunca akibat bonggol di laluan tersebut yang tidak bercat dan dibina di lokasi yang tidak bersesuaian.

Tersungkur di laluan berkenaan, pemuda itu kemudiannya dibantu oleh seorang lelaki yang berada di kawasan terbabit.

Tidak mengalami sebarang kecederaan serius, penunggang tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil apabila masih mampu berdiri dan mengangkat motosikalnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan kecaman terhadap pihak berkuasa berhubung kejadian terbabit.

Khairuddin Bukhari berkata, kejadian itu sering terjadi akibat kecuaian pihak berwajib yang tidak menjalankan kerja penyelenggaraan dengan baik.

“Mereka kalau buat bonggol selepas setahun baru nak cat, warna putih yang dicat semasa baru dibina hanya mampu bertahan sekejap sahaja,” katanya.

“Bonggol tak ada garisan, tidak bercat dan jalan raya berlubang memang akan mengancam keselamatan pengguna jalan raya, pihak JKR sila ambil tindakan,” jelas AD BD GD.

“Kawasan Pandan Jaya ini memang berbahaya sebab bonggol di situ tiada garisan, penunggang motosikal memang akan terjatuh kalau bawa laju di kawasan itu,” tambah Zack Zakhiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram