[VIDEO] Kedah buat hal lagi! Kali ini remaja terkinja-kinja parti konsert berhampiran masjid dekat Balai Seni Negeri


  • Tular
  • Ahad, 02 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan remaja menari terkinja-kinja di sebuah konsert yang dianjurkan berdekatan masjid di Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

TULAR satu video sejak Ahad memaparkan sekumpulan remaja sedang seronok berhibur di sebuah konsert yang dipercayai berlaku di Balai Seni Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Perkara itu mengundang kemarahan orang ramai ekoran penganjuran konsert tersebut dikatakan dianjurkan berhampiran dengan sebuah masjid di bandar raya itu pada Sabtu.

Menerusi video berdurasi 25 saat itu menunjukkan ramai pengunjung yang rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja sedang asyik menari.

Ini bukan kali pertama isu melibatkan negeri jelapang padi itu berikutan pada awal September lalu penganjuran pertandingan Mr. Malaysia 2022 mengundang kecaman ramai.

Pada kejohanan itu menampilkan atlet bina badan wanita yang dikatakan mendedahkan tubuh masing-masing yang dilihat tidak sesuai untuk tontonan umum.

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri Kedah juga dikecam kerana penganjuran Kedah Fashion Week yang melibatkan seorang model berpakaian mencolok mata pada awal Ogos.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak penganjur mahupun kerajaan negeri berhubung konsert itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram