Pemandu lori temui ajal dihempap papan tanda di Paya Terubong


  • 112
  • Rabu, 28 Sep 2022

Keadaan mangsa yang maut selepas dihempap papan tanda.

SEORANG pemandu lori maut selepas dihempap papan tanda dalam kejadian di Persiaran Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Rabu.

Kejadian pada pukul 3.15 petang itu menyebabkan mangsa, S. Kumaravelan, 48, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas lori dipandu mangsa memasuki laluan yang dikhaskan untuk kenderaan ringan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

1755224

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

"Rempuhan terbabit menyebabkan papan tanda setinggi 2.5 meter tumbang sebelum menghempap hadapan lori.

"Mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan pemandu lori tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Shakir memberitahu, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 3.46 petang sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.37 petang," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram