Sesi raptai Hari Sayyidatina Aishah jadi perhatian


  • Tular
  • Jumaat, 30 Sep 2022

Pemakaian model-model yang tidak menutup aurat sepenuhnya sehingga menampakkan bentuk badan menimbulkan rasa kurang senang warganet.

SATU rakaman video memaparkan beberapa model wanita sedang menjalani raptai bagi sebuah program tular di laman sosial pada Khamis.

Video tersebut mendapat menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana berpendapat acara itu tidak sesuai dengan program Hari Sayyidatina Aishah anjuran sebuah agensi kerajaan negeri Terengganu.

Malah ia dilihat seperti mencemar kesucian Islam dan nama isteri Rasulullah SAW yang sentiasa menjaga maruah diri.

Biarpun segelintir menyifatkan model-model berkenaan memakai hijab, namun pemakaian mereka tidak menutup aurat sepenuhnya kerana menampakkan bentuk badan.

Turut dilihat dalam video tersebut tirai latar (backdrop) pentas yang memaparkan gambar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Video itu dikongsikan @zack_rockstar di laman Twitter dan video tersebut tular sejak Khamis.

"Bersangka baik, depa tengah buat raptai. Nanti masa hari jadi, depa pakai ala-ala org arab wal-purdah tuuuu," kata @SAMLgk1.

Berdasarkan satu perkongsian poster, acara tersebut dipercayai antara pengisian program Hari Sayyidatina Aishah yang berlangsung pada 29 September 2022.

Difahamkan antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

FdzqzQMVQAEsJHa

Poster yang dikongsikan pengguna Twitter @hsubrihsab — Twitter

Pengguna Twitter @hsubrihsab turut menulis kata-kata sinis kepada Datuk Siti Zailah ekoran daripada kenyataan beliau sebelum ini yang pernah menyarankan kerajaan supaya melaksanakan polisi menutup aurat bukan sahaja diwajib kepada syarikat penerbangan awam tetapi kepada sektor swasta supaya pakaian seragam mereka menutup aurat sebagaimana disyariatkan oleh Islam.

"Haish...ini mak cik yang tegur nak tutup aurat pramugari itu kan?," ciapnya.

Seorang lagi warganet @megatrazman turut berkongsi satu video daripada seorang penceramah agama tentang hukum wanita menjadi model atau 'endorse' pakaian.

Acara tersebut berlangsung pada Khamis (29 September) bermula pukul 8.30 pagi hingga 7 malam di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan media daripada pihak berkaitan berhubung kejadian tersebut. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram