Penyamun licik, ‘cover’ muka pakai helmet rompak kedai serbaneka


  • Tular
  • Ahad, 04 Sep 2022

Tangkap layar pekerja premis terbabit yang sedang bekerja sendirian sebelum didatangi dua orang penyamun memakai helmet.

SEORANG pekerja kedai serbaneka melalui detik cemas setelah disamun dua orang lelaki bersenjata baru-baru ini.

Insiden rompakan itu tular menerusi video berdurasi satu minit 12 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok @rikikecoh.

"Kes samun, janganlah biarkan duit banyak dalam 'pos', jangan ambil risiko," tulisnya.

Dalam video tersebut menunjukkan pekerja premis lelaki yang merupakan penjaga kaunter kedai dan bekerja sendirian didatangi dua orang penyamun memakai helmet.

Salah seorang daripada penyamun itu pada mulanya dilihat ingin membayar membayar barang yang dibeli.

Setelah mangsa mangsa membuka laci tempat simpanan wang, penyamun itu tiba-tiba mengeluarkan senjata tajam daripada baju jaketnya dan terus mengacukan pada mangsa.

Kedua-dua perompak itu kelihatan mengambil semua wang diletakkan dalam laci tempat simpanan wang premis itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Video itu mendapat lebih daripada 100, 000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Salah seorang pengguna media sosial, squirrel1111111111 turut menasihatkan pekerja kedai serbaneka itu itu mengunci pintu premis premis dan tidak membenarkan orang luar yang memakai helmet masuk ke kedai terutamanya pada waktu malam.

Cadangan itu turut dipersetujui oleh apissspetak.

"Kalau pelanggan nak masuk, minta dia buka helmet dulu. Kalau masuk pakai helmet memang ada niat yang tidak baik," tulisnya.

Majoriti sedang cuba untuk menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan dan belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden rompakan tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram