Lawan liga bola kampung di Kelantan kecoh, kalau cepat 'koyak' baik main congkak


  • Tular
  • Ahad, 04 Sep 2022

Tangkap layar yang memaparkan pergaduhan di antara pemain pada perlawanan liga bola sepak daerah baru-baru ini.

PERLAWANAN bola sepak tidak kira di peringkat apapun pasti tidak terlepas daripada dicemari insiden provokasi sama ada daripada penyokong atau pemain pasukan itu sendiri.

Terbaharu, rakaman video memaparkan pergaduhan di antara dua pasukan bola sepak, tular di media sosial pada Ahad.

Kejadian itu menjadi perhatian umum apabila video berdurasi 35 saat tular di media sosial Facebook memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai pemain dari kedua-dua pasukan sedang bergaduh ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

Menurut Bachtiar Yzo, insiden itu berlaku pada perlawanan bola sepak Liga UFC 9 sebelah peringkat daerah.

Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan individu dipercayai pemain yang turut bersaing dalam liga yang dianjurkan kerana mereka kelihatan memakai jersi bola.

Orang awam yang berada di tempat kejadian dilihat cuba turut meleraikan pergaduhan itu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk keras tindakan kedua-dua pasukan yang dikatakan tidak matang dan tiada semangat kesukanan.

"Tak sesuai permainan ni selalu saja bergaduh. Tukar permainan lain, main telur dalam guni," kata Mohd Khairil Febri.

Seorang lagi warga maya Mohd Hussaimi menyifatkan insiden pergaduhan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan.

"Baru main bola, jagalah adab. Ada kanak-kanak yang memerhati, profesional," tulisnya.

"Pesta terajang-menerajang ke ini? Kalau cepat 'koyak', baik main congkak," kata Mohd Yazid Basir.

Menurut seorang warganet Putra Amir, kejadian itu berlaku di Liga Dun Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kelantan.

"Setiap kali kejohanan, mesti ada gaduh-gaduh,"katanya.

Belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden pergaduhan tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram