JKR tergamam kena serbu anak Orang Asli masa turap jalan di Kuala Lipis


  • Tular
  • Sabtu, 10 Sep 2022

Kehadiran beberapa kanak-kanak Orang Asli yang membantu JKR menurap jalan di Pos Sinderut, Kuala Lipis baru-baru ini.

KAWASAN pedalaman dan perkampungan sering mengalami masalah kekurangan bantuan dari segi infrastruktur dan jalan raya.

Laluan keluar masuk di kawasan berkenaan sering dihujani beberapa isu seperti jalan berlubang, tanah tak rata dan kawasan banjir khususnya bagi penduduk yang menetap di kawasan perkampungan.

Sehubungan itu, penduduk kampung yang terkesan pastinya berasa gembira sekiranya isu tersebut menerima bantuan daripada pihak berwajib dan situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian mr_jointer di TikTok baru-baru ini.

Rakaman video berkenaan menunjukkan betapa gembiranya penduduk Orang Asli di perkampungan Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang apabila mereka dilihat membantu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) menaik taraf laluan di situ.

Meskipun pihak (JKR) sudah ditugaskan menjalankan kerja baik pulih di situ, kehadiran beberapa penduduk terutamanya anak Orang Asli yang membantu mengangkat serta menabur pasir sangat dikagumi dan dihargai oleh pekerja berkenaan.

Difahamkan, lokasi itu merupakan laluan menuju ke kawasan rekreasi sungai di sempadan Raub dan Kuala Lipis, Pahang.

Meskipun laluan yang diturap hanya sepanjang 3 kilometer, namun tindakan itu cukup bermakna bagi mereka yang berdepan kesukaran apabila terpaksa meredah laluan berlopak dan kotor ketika hujan.

Menerima lebih 600,000 jumlah tontonan di TikTok, salah seorang penduduk di situ turut meluahkan rasa gembira berhubung tindakan itu.

Ultragirl berkata, dia sangat berterima kasih dan bersyukur kerana laluan yang biasa digunakan itu kini sudah dinaik taraf.

"Tar cantik-cantik ya, saya dan sekeluarga suka masuk dalam tu mandi sungai tapi jalan situ memang teruk.

"Kalau dah cantik dan rata, senang dan makin kerap la kami sekeluarga keluar masuk situ," katanya.

"Memang seronok kalau dapat jalan baru, dulu di kampung saya dapat jalan bertar punya la seronok sampai sanggup tunggu JKR buat kerja sampai siap," kata KiNaa(160cm).

"Kanak-kanak yang dahagakan kesenangan yang kesusahan mereka tempuhi selama ini, ALLAH hadirkan masa dengan orang untuk mudahkan kerja lagi, syukurlah," tambah Cik Faisal. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jalan Tar, Kuala Lipis, Pahang, Pos Sinderut