PENDUDUK kampung Lamongan, Indonesia menerima kejutan apabila sebuah kubur dilaporkan digali dan diselongkar oleh individu tidak bertanggungjawab baru-baru ini.
Jenazah dikatakan berada dalam keadaan bersepah dan terdedah di tanah perkuburan kampung Jelakcatur, Daerah Kalitengah, Indonesia sekali gus mendatangkan ketakutan kepada orang ramai.
Rakaman video kejadian dimuat naik salah seorang penduduk yang berada di lokasi berkenaan dan tular di laman Instagram.
Difahamkan, kejadian itu didakwa sengaja dilakukan oleh individu yang ingin mensabotaj tanah perkuburan di situ susulan batu nisan telah dipecahkan dan bersepah.
Ketua Kampung Jelakcatur, El Qosim mengesahkan, jenazah berkenaan disahkan masih berada dalam keadaan yang kemas namun dua ikatan tali padanya dilaporkan hilang dipercayai digunakan untuk perbuatan syirik.
“Ya kejadian itu berlaku di kampung saya, kubur diterbongkar dan dua tali ikatan jenazah telah hilang," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi pendapat berkenaan kejadian itu.
Birds_gold_ berkata, tanah perkuburan itu sepatutnya dijaga dan terpelihara daripada sebarang gangguan luar.
"Kenapa tanah perkuburan di situ tidak dijaga, mengikut kepercayaan tradisi Jawa, jenazah yang dikebumikan pada hari Jumaat dan Selasa perlu dipelihara dengan baik selama seminggu," katanya.
"Tak takut ke gali kubur malam-malam, siapa la yang melakukan kerja terkutuk itu, memang menakutkan kalau difikirkan," tambah mini.1309.
Menurut laporan, jenazah itu baru sahaja dikebumikan pada Jumaat yang lalu dan kehilangan tali tersebut dikaitkan dengan kepercayaan syirik yang bakal membawa tuah kekayaan pada individu tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram